Fiza Akui Masih Berharap Hubungan Pulih
Posted by: Admin Posted date: 2:09 AM / comment : 0
Fiza Akui Masih Berharap Hubungan Pulih
UMUM sudah mengetahui perceraian antara pasangan Adam AF dan Fiza Elite pada Isnin lalu.Kami yakin ramai yang berpendapat Fiza dilihat lebih tenang berbanding Adam yang kelihatan sebak dengan perpisahan itu.
Tapi ketenangan itu tidak bermakna Fiza benar-benar menginginkan perceraian, sebaliknya dia cukup sedih dengan apa yang berlaku.
Menerusi GUA, dia berkata, tiada siapa yang menginginkan perceraian.
Malah sehari sebelum bercerai, dia masih tertanya-tanya adakah ini merupakan jalan terbaik untuk mereka berdua?
“Saya sebenarnya tak mahu perkara ini berlaku. Saya masih berharap serta berdoa agar hubungan kami dapat dipulihkan semula,” katanya.
Setakat ini, Instagram dikatakan antara punca pasangan ini bercerai, namun sebab utama yang menjadi pencetus kepada perceraian itu masih tidak diketahui.
Apa pun, kami harap selagi masih ada perasaan sayang antara kedua-duanya, tidak salah jika mereka berusaha memperbaiki hubungan itu.
Manalah tahu, mungkin suatu hari nanti Adam dan Fiza akan kembali bersatu. Tak mustahil bukan?
About Admin
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
»
Previous
This is the last post.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik ma...
-
DNA – Dynas Mokhtar Label yang cukup terkenal dengan item utamanya iaitu baju menyusu ilham daripada selebriti tinggi lampai, Dynas Mokh...
-
Perginya Pelakon Terakhir Bujang Lapok: Allahyarham Datuk Aziz Sattar [ Pak Ajis ] Pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, telah ...
-
Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga Sudah adat orang bercinta, pasti akan ada pas...
-
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontrovers...
-
Misha Omar Selamat Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Dengan Sekali Lafaz Di hari Jumaat yang mulia ini bersamaan dengan 2 Mei 2014, peny...
No comments: