Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran
Posted by: Admin Posted date: 11:51 PM / comment : 0
HANGAT – Pasangan Suami Isteri Erra Fazira & Engku Emran Sah Bercerai Feb 2014
Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran
Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
.
Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga. Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek,40 sah bercerai talak satu pada pagi ini dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
.
SHAH ALAM – Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.
Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,”katanya.Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.
Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.
Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,”katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
“Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” katanya.
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
About Admin
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik ma...
-
DNA – Dynas Mokhtar Label yang cukup terkenal dengan item utamanya iaitu baju menyusu ilham daripada selebriti tinggi lampai, Dynas Mokh...
-
Perginya Pelakon Terakhir Bujang Lapok: Allahyarham Datuk Aziz Sattar [ Pak Ajis ] Pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, telah ...
-
Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga Sudah adat orang bercinta, pasti akan ada pas...
-
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontrovers...
-
Misha Omar Selamat Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Dengan Sekali Lafaz Di hari Jumaat yang mulia ini bersamaan dengan 2 Mei 2014, peny...
No comments: