Artis Dalam Kenangan

Perniagaan Artis

Gambar Artis Dulu-dulu


DNA – Dynas Mokhtar

Label yang cukup terkenal dengan item utamanya iaitu baju menyusu ilham daripada selebriti tinggi lampai, Dynas Mokhtar. Dynas sangat bijak dalam memilih pasaran untuk perniagaannya. Rekaan baju dari DNA telah memberikan kemudahan kepada para ibu yang masih menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah seperti zaman ibu kita dahulu.



Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban

Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik masyarakat. Membawa gelaran publis figure, seseorang artis itu seharusnya meletakkan batu asas untuk tahu bagaimana untuk tampil di khalayak agar menjadi contoh dan model. Namun, apa yang saya nampak, sebaliknya berlaku. Artis kita kian berani untuk tampil dengan pakaian yang menjolok mata. Inikah yang dikatakan Ikon Malaysia? Inikah budaya yang dibawa oleh orang Malaysia? Berpakaian seksi… itukah budaya kita?


Apabila menjadi milik masyarakat, segala gerak laku dan tindak tanduk artis itu akan menjadi tumpuan dan bualan orang. Artis kita kini kian berani. Lihat sahaja pakaian yang dikenakan oleh Dayang Nurfaizah di Pentas Akhir Ikon Malaysia yang agak berani tampil dengan skirt pendek. Bagi Dayang Nurfaizah, katalah apa sahaja, dia tetap dia dan begitulah cara Dayang. Dayang tidak mahu digelar seorang hipokrit.


Bolehkah gaya fesyen ala berkemban ini dapat menarik penonton untuk ke pawagam? Sejauh mana gaya seksi salah seorang pelakon dalam filem Kayangan ini dapat melariskan filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini?
filem kayangan seksi

Mmm… seksi giler!
Pemakaian artis yang begitu seksi menjadi topik dan isu yang utama diperbincangkan sehingga menjadi isu hangat dalam Dewan Rakyat. Namun, sejauh mana perbincangan itu dapat mengubah pendirian artis yang begitu berkeras juga untuk tampil seksi?

Dulu, gambar Deja Moss yang berpakaian seksi dengan gaun singkat di pentas show private mengundang kontroversi. Datuk Siti Nurhaliza juga terkena tempias dengan isu ini kerana sebilangan peminat tidak selesa dengan penampilan Siti yang berubah semenjak berkahwin dengan Datuk K. Ada yang kata, Siti berubah kerana mengikut kata Datuk K. Ada yang kata Siti pakai sedikit seksi sebab dia sudah bebas daripada jagaan ibu bapanya. Macam-macam lagilah. Kemudian, isu Jaclyn Victor yang suka berpakaian seperti berkemban. Mmm… ya ramai yang cakap, Jaclyn tak pelah nak pakai macam tu sebab dia bukan beragama Islam. Ini Dayang Nurfaizah yang begitu menjolok mata dengan skirt yang pendek. Katanya, ada makcik-makcik yang duduk di rumah bersama anak-anak malu dengan imej Dayang yang sebegitu.

Akhbar sisipan Berita Harian, Bintang Popular dalam ruangan kolumnis komposer terkenal, Ramli MS pernah membicarakan isu artis berpakaian seksi. Mengikut bekas pengetua Akademi Fantasia itu, di Malaysia, artis berpakaian seksi tidaklah keterlaluan sangat. Beliau yang bersifat neutral dan memandang secara positif tentang isu ini memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Suka saya memetik, antara kata Ramli MS:
Perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar, ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti ingin kelihatan cantik apabila berpakaian. Kalau pelakon itu membawakan watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?

Berbalik kepada cerita Jaclyn. Kalau kita melihat zaman dulu-dulu, siapa yang tak pernah berkemban. Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter. Tapi, itu hanyalah di dalam filem. Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini, kenapa tidak dipersoalkan? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban, mungkin anda cakap dia buang tabiat! Kita tidak boleh melihat semua artis secara total. Kalau individu seperti Jaclyn, dia bangsa bukan Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.

Bangsa yang lain pun ada budaya mereka sendiri. Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn, memakai pakaian yang lebih sopan. Saya tak rasa Jaclyn seorang yang keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit. Bagi saya, apabila Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.
Gambar Nurul yang dulu pernah meletop dengan gaya persis seorang model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur agak panas juga. Gaun off shoulder digayakan oleh Nurul ini rekaan Calvin Thoo. Seksi dengan kurus cekeding langsing tetap anggun. Mungkin sebab itu, Nurul tidak berani untuk memakainya untuk persembahan pentas nyanyian. Cukup sekadar di pentas peragaan sahaja. Apa kata anda dengan isu artis kita yang kian berani berpakaian seksi?

gambar seksi nurul 



gambar seksi nurul 
Label: ]Nasha Aziz, Nur Fazura, Maya Karin, seksi, sexy girls, call girs kuala lumpur, dayang nurfaizah, jaclyn victor seksi, gambar berkemban, video klip ella jojie berbogel, calvin thoo fashion, berita harian, bintang popular, deja moss seksi, jamie lynn spears pregnant, katie holmes new haircut, emma watson naked, beyonce falls orlando, blog melayu boleh, blog skandal artis, blog gossip artis, Skandal Melayu Boleh, Melayu Bogel, Seks Melayu

Misha Omar Selamat Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Dengan Sekali Lafaz

Di hari Jumaat yang mulia ini bersamaan dengan 2 Mei 2014, penyanyi terkenal, Misha Omar telah selamat bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly di Kota Bharu, Kelantan sekitar jam 9.30 pagi tadi..



Pasangan yang telah lama mengikat tali pertunangan ini diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Haji Ahmad Khamil dengan berwalikan abang Misha, Mohd. Rose Omar dalam sebuah majlis penuh meriah yang berlangsung di Hotel Renaissance.

Firos dan Misha dilihat tampil sedondon memakai busana pengantin berwarna putih menjadikan pasangan mempelai ini bak merpati dua sejoli.





Sementara itu, Misha yang dihubungi oleh Hot FM beberapa minit sebelum pernikahan sempat berkongsi perasaan gembiranya bersama peminat.


Perasaan ini amat dasyat sekali. Ini bukan macam stage fright, semua stage saya dah pijak. Tapi bila masuk dewan nikah ni perasaan saya bercampur baur, rasa sayu dan bersyukur. Alhamdulillah, ini rezeki dan rahsia Allah. Kadang-kadang kita berharap tapi rezeki tak datang, akhirnya rezeki ini datang juga kepada saya, saya bersyukur.

Saya berharap penukaran status ini bukan pengakhiran kepada kerjaya saya. Saya sayang semua peminat saya.

Sekadar mengimbas kembali, Misha dan Firos telah bertunang pada tahun 2012 dan majlis perkahwinan sudah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu termasuklah kerana menghormati pemergian bapa Misha ke rahmatullah pada 30 November tahun lalu.

Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga

Sudah adat orang bercinta, pasti akan ada pasang surutnya. Namun, keretakan hubungan pasangan ini nampaknya berlaku secara mendadak apabila Nad Zainal mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya dengan Azwan Kombos telah berakhir.



Enggan mengulas lebih lanjut, pelakon genit itu memberitahu bahawa dia tidak mahu perpisahan mereka diperbesarkan dan meminta agar masyarakat menghormati privasinya.

Namun, menerusi laporan mStar Online, bekas kekasihnya iaitu Azwan menyatakan rasa kesal terhadap sikap Nad yang seakan-akan melarikan diri dan mendakwa kemungkinan wujud orang ketiga di dalam hubungan mereka.


Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga
 
Azwan Kombos terkejut dengan kenyataan Nad Zainal

Azwan turut mengaku bahawa hubungan mereka sememangnya dilanda masalah kebelakangan ini dan turut terkejut apabila Nad membuat pengakuan tersebut menerusi sebuah program hiburan terbitan televisyen swasta.
“Saya mengaku hubungan kami ada masalah beberapa hari ini kerana dia bersikap dingin secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila dia beri kenyataan di Melodi (TV3) dengan mengatakan hubungan kami sudah berakhir, walhal saya sendiri tidak tahu tentang itu.
Saya ada meminta dia untuk bertemu dan berbincang beberapa kali namun dia menolak dengan alasan terlalu sibuk dengan penggambaran.”
Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga 
Antara foto yang masih berada di laman Instagram Azwan Kombos

Bagaimanapun, melalui laman Instagram Azwan, jejaka ini dilihat masih mengekalkan fotonya bersama Nad Zainal. Perkara sebaliknya pula berlaku di laman Instagram Nad apabila pelakon wanita itu bertindak memadam semua foto mesra mereka berdua.
Apa agaknya kesudahan kisah percintaan mereka ini ya? Apapun, marilah kita mendoakan yang terbaik dan berharap agar kasih mereka akan bertaut semula.

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat

Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa. Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah berbentuk “love” sebagai latar belakang. 

Gambar Rozita Che Wan dan Zain Saidin Tak Berbaju Atas Katil


Che Ta telah berkongsi gambar ini di akaun Instagramnya dengan caption

 “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“.

Seperti biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami isteri ini yang mengkritik dan memuji. Bagi Abang Nara, tak manislah kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja

Harap-harap selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi. Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti. Tak gitu?

Perginya Pelakon Terakhir Bujang Lapok: Allahyarham Datuk Aziz Sattar [ Pak Ajis ]

Pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, telah meninggal dunia kerana serangan jantung pada pukul 2.00 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke Hospital Kajang pada pukul 10.00 malam 4 Mei lepas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).



Anak perempuan Allahyarham, Sandakiah memberitahu yang beliau menghembuskan nafas terakhir di samping dua anak, menantu dan seorang cucu.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan urusan pengebumian pada pagi ini sedang dilakukan.


Aziz paling dikenali untuk wataknya sebagai Ajis di samping Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S. Shamsudin yang meninggal dunia tahun lepas dalam siri filem trio Bujang Lapuk.

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Pak Aziz yang pernah membuatkan kita ketawa di zaman kanak-kanak dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan buat negara kita. Al-Fatihah.


HANGAT – Pasangan Suami Isteri Erra Fazira & Engku Emran Sah Bercerai Feb 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran

 
Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.



Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
.

Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga.  Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek,40 sah bercerai talak satu pada pagi ini dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
.
gambar-terbaru-erra-bercerai-engku-emran

SHAH ALAM – Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
“Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,”katanya.
Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.
Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,”katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
“Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.